Resepi
KEK BUTTER LEMON DGN KULIT LIMAU & APRIKOT, DITABUR DGN BADAM

Bahan2:
1 cawan butter (suhu bilik)
1/2 cawan gula kaster
3 biji telur
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat + 1/4 cawan air
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/4 cawan campuran kulit limau & aprikot kering yg dicincang
1 sudu teh parutan kulit lemon
(Tepung & baking powder diayak & gaul dgn bahan2 lain)

Cara2:
Pukul butter dgn gula sampai kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji .. pukul lagi
masukkan esen vanilla & jus lemon.. gaul.
Masukkan campuran tepung & gaul. Last sekali masukkan susu & air. Gaul sebati.
Masukkan dlm loyang yg dah disapu dgn butter dan di tabur tepung.
Tabur almond nib atas adunan.
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan pada suhu 170C utk selama 35-40 minit.



KEK YOGURT MANGGA

BAHAN A 

2 biji telur
3 kuning telur
1 camca teh ovallate
100 gram gula kastor
1/4 camca teh garam halus
1 camca kecik pewarna kuning (mat guna 1/4 camca teh)

BAHAN B 

120 gram minyak jagung
80 gram minuman yogurt mangga
2 camca besar yogurt mangga

BAHAN C 

30 gram serbuk gajus
20 gram tepung jagung
120 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
60 gram tepung gandum

CARA MEMBUATNYA 

1.      Putar telur dan kuning telur bersama ovallate selama 1 minit. Masukkan gula dan putar selama 4 minit pada kelajuan sederhana. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lagi 3 minit.
2.     Tambah yogurt mangga dan juga bahan "C" sedikit demi sedikit, gaul rata. Tuang minyak jagung dan gaul hingga sebati. Tuang dalam bekas pilihan yang telah disapu mentega.
3.     Bakar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong, boleh hidangkan untuk minum petang.


 MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber : http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1836374

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Kombinasi coklat dan keju memang tak dapat disangkal keenakannya. Buatlah dalam bentuk apa sekali pun, pasti tidak mengecewakan melainkan kalau kita buat tak menjadi atau hangus di dalam oven heh heh heh... Kepada yang teringin bolehlah mencuba. Kalau malas boleh lah order saja dengan saye hihihihi..