Selamat Datang ke blog RiyaFarhana'S COLLECTIONS. Selamat menjamu mata dengan hasil kerja tangan RFC dalam mereka dan membentuk gubahan hantaran yang boleh menceriakan hari bahagia anda.Selain dari itu RFC juga mengeluarkan produk Bakery di mana terdapat pelbagai jenis kek dan biskut yg enak.Jika Berminat silalah membuat tempahan :-)
Thursday, March 29, 2012
Rindu...rindu...rindu

Salams sume....di pagi jumaat yang hening ni Pn blog terasa tersangat-sangat(kuasa infiniti) rindu pada bnyak benda...Mummyku, sanak sedaraku, kg halamanku, my BFF, membaking(tekak dah mula terasa nak mkn butter cake untuk order saye terpakse tolak dulu walau ramai yg nak tiramisu sbb den x bape larat sgt skunk nih hihihihi), buat hantaran (en asben x bagi buat since saye peknen huhhu sowi ye kak bib n kak aniem terpaksa reject ur request) dan yang x tahan tekak RINDU nak makan MAKANAN yang ada kat PNG waaaaa meh nak list gheeee.....

1) Gulai Pisang
    hihihihi dah lama nih tingin act kat sini pown ada tp x sama mcm long piah(pekerja my mum) buat...balik png ni dah book dia nak suh buat gheh3...ri 2 pulun suh cari pisang utan ghupa2nyerrr bila tnya my mum dia kata pisang emas dibawa belayar lah kakakaka sbb psng 2 bila kita bt skali ngan kulit dia mmg terbaek lah rapuh gila kowt.....nyummmmm3...ni ala2 la gulai pisang yg sdp 2


2) Gulai Buah Jangguih(gajus)
Sedap woooo buah jangguih merah buat gulai ngan udang or ikan bls...die x leh buat likat2 nnt x sdp sbb buah 2 sndirri dah manis....mkn ngan ikan greng n sambal kuining perghhhhhhh terdaekkkk(bak kate darwisy amsyar) hihihi...tp x de la plk gambo den nak tunjuk sbb x ramai org penah mkn kowt.

3) Bihun Sup (Car Wash sbrg jaya)
Yg ni pown dah lama nak ni since alah teruk ri 2 g...rasa mcm x sabaq2 ja masa 2...nak la2 2 jgk..mana nak dpt eyda oiiii jauh bebenorr...last2 en asben p beli je kat pudu rase die lebey kurang la tp x sesedap di png huhuhuhu..nama je bhn sup utara....

                                                        sedap nih mkn pns2...boh lobak masin bnyk2 kit

4) Pasemboq padang kota
Bila p makan kat sana saye x bape suka bnyk2 sgt rencah die..my pebret ketam n udang je hihihi tapi skunk ni udang x lalu langsung yang suke pown ketam kalu bole ari2 nak tp ibu mertuaku dah pesan x elk mkn bnyk2 nnt kolestrol kikikiki sian bb nnt kite mkn ye syg...

                                              wahhh meriahhhhhnya depaaaa....

5) Nasi Ketam Juru
                                                 ni kedai dia x silap ttp ari rabu je

                   ni ketam dia saja nasi die len plk...ala2 nasi goreng tp mmg masyuk la

Dah la kot skt2 sbenaqnya bnyk g tapi takut en asben terkopak lak hahahaha sekali2 balik mcm2 nak mkn kan jenuh gak la dia.....

Wednesday, November 30, 2011
In:
Petua Kek Cantik dari Chef Wan
 Sumber : Macam2.com

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.


2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.


3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.


4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.


5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.


Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?

Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper

•Terlampau banyak cecair.
•Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
•Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
•Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas

•Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
•Kekurangan cecair.
•Acuan tin terlalu kecil.

- Kek yang Mendap di Tengahnya

•Ukuran acuan tin tidak betul.
•Sukatan bahan tidak tepat.
•Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
•Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga petua kat atas dapat menambah ilmu kita semua..
In:
Petua Membuat Kek

Sumber : Baking Solutions @ BAGUS

Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.

Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.


Kek kering

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.

• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.


Kek retak atau pecah

• Suhu oven yang terlalu panas.

• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.

• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh


Kek bantat

• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik.

• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.

• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.

• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.


Kek turun dibahagian tengah

• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.

• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.

• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.




In:
Tips Agar Kek Cantik & Gebu



Sumber : Cef Aini Salim
  • Telur
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit.
Ini kerana lebih ramai orang membeli telur di pasar dibandingkan dengan kedai-kedai. Begitu juga dengan pasar raya. Pasar raya yang sering ramai pelanggan, telurnya sering habis dijual dalam masa satu dua hari.
Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Jangan gunakan telur besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan lantas menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik, pembuat kuih akan menambahkan tepung ke dalam adunan. Kalau tidak berhati-hati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.
Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian serupa boleh digunakan jika anda dikehendaki memukul putih telur hingga cukup gebu.

  • Mentega
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.
Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.
Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan biskut bantut.
Setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, jangan uli berlebihan. Cukup setakat menggunakan hujung-hujung jari saja untuk mengadunnya hingga rata. Menguli doh berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.
Oleh itu, apabila membuat biskut, buat satu adunan dahulu. Jika mahu ditambah, baru diadun lagi. Dengan demikian, anda tidak perlu adun mentega dalam jumlah banyak kemudian uli doh dalam jumlah yang banyak juga, hingga adunan dilakukan secara berlebihan dan mengganggu tekstur doh.
Bagaimanapun, jika anda hendak mengadun biskut dalam jumlah banyak, sebaiknya gunakan mesin pengadun dengan alat adun berbentuk 'K' atau lazim dipanggil sebagai 'K beater'.
Begitu juga apabila mengadun kek. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.

 

  • Bakar Kek dan Biskut
Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.
Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga adua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.
Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.
Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.
Apabila anda membakar dua dulang biskut sekali gus dalam dua rak berasingan dalam ketuhar, pastikan anda alihkan biskut di rak atas ke rak bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh jalan. Dengan demikian, biskut anda akan masak atau garing sama rata.

  • Menyimpan Kek dan Biskut
Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.
Untuk biskut pula, simpanlah semua biskut dalam tin atau bekas yang betul-betul kedap udara. Anda boleh taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut sudah lemau, panaskan semula di dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula.
Akhir sekali, Cef Aini mengingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek atau biskut dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa.
Tuesday, November 29, 2011
In:
Carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik

1 oz = 25 gm
9 oz = 250 gm
16oz (1 lb) = 450 gm
2 lb 4 oz = 1 kg
1 cawan mentega = 250 gm
1 cawan gula = 250 gm
1 cawan tepung = 125 gm
2 cawan tepung = 250 gm
1 camca kecil/teh = 5 gm
In:
Marble Cheese Brownies
Kombinasi coklat dan keju memang tak dapat disangkal keenakannya. Buatlah dalam bentuk apa sekali pun, pasti tidak mengecewakan. Kalu u olss nak cuba bt dapatkan resepinye di sini....



Thursday, November 3, 2011
In:
Chocolate Moist Cake
CMC + Buttercream + Chocolate Ganache Topping

Langkah-langkah menyiapkan sebiji kek yang simple dan mudah

Salutkan kek dengan Buttercream
                                                  Coklat Ganeche dicurahkan
                                                             kemaskan dengan simple decoration

Ads 468x60px

Featured Posts Coolbthemes

Followers

Powered by Blogger.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
Di Talian : 0129355915
Email : riyafarhana@yahoo.com

Lokasi RF'S Collections : Seri Kembangan, Selangor dan Kuala Lumpur

kami menerima Tempahan :

♥Hantaran ♥Sirih Junjung

♥Fresh Flowers ♥Artificial Flowers ♥Hand Bouquets ♥Bridal Bouquets ♥Flower Girl Hand Bouquets ♥Wedding Flowers ♥Wedding Decorations ♥Corsages ♥Gifts and Souvenirs ♥Cakes ♥Cupcakes ♥Muffins ♥Doorgift & Sourvenir

Enews And Updates

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Advertisement

About Me

My Photo
RiyaFarhana's Collections
♥BaHaGia SlamanYa♥
View my complete profile

Popular Posts